UrusFamily English

Notis privasi UrusFamily

UrusFamily menyimpan data keluarga hanya untuk menjalankan aplikasi. Kami tidak memaparkan iklan dan tidak menjual data. Profil anak dibuat oleh ibu bapa atau penjaga yang memberi persetujuan. Anda boleh mengakses, membetulkan atau memadam data anda bila-bila masa di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Kemas kini terakhir
2026-09-17
Versi persetujuan
2026-10-13
Pengendali
UrusPro (SSM no. REPLACE)
Hubungi
privacy@urusfamily.com

Apakah hak anda di bawah PDPA 2010?

Cara memadam akaun dan data

Pihak ketiga mana yang kami gunakan?

SupabasePengehosan pangkalan data, log masuk dan storan, di rantau Singapura.
Google Sign-InHanya jika anda memilih log masuk dengan Google. Berkongsi nama dan emel.
Sign in with AppleHanya jika anda memilih log masuk dengan Apple. Berkongsi nama dan emel.
Google Play dan App StoreMemproses pembelian. Kami tidak menerima nombor kad.

Tiada SDK iklan, analitik pihak ketiga atau penjejak. Rekod penggunaan dan ralat disimpan dalam pangkalan data kami sendiri.

Apa yang kekal pada telefon anda?

Notis penuh

Teks di bawah sama dengan notis dalam aplikasi.

Siapa kami

UrusFamily ialah aplikasi keluarga untuk kerja rumah, mata dan matlamat bersama. Untuk data yang anda simpan dalam aplikasi, UrusFamily ialah pengguna data di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Notis ini menerangkan data yang kami proses, sebabnya, siapa yang boleh melihatnya, berapa lama ia disimpan dan hak anda.

Data yang kami simpan

Akaun: emel dan kata laluan (disimpan dalam bentuk cincang, kami tidak boleh membacanya). Jika anda log masuk dengan Google atau Apple, penyedia itu hanya berkongsi nama dan emel anda dengan kami, tiada kata laluan. Emel geganti peribadi Apple juga diterima.

Keluarga: nama keluarga, nama paparan dan avatar setiap ahli, peranan, sasaran harian, PIN profil (dalam bentuk cincang), tarikh lahir jika anda masukkan.

Aktiviti: kerja rumah, mata, lencana, matlamat, dompet maya, senarai barang, nota, kalendar dan fungsi lain yang keluarga anda hidupkan.

Kami tidak mengumpul lokasi GPS, biometrik, kenalan telefon atau emel dan nombor telefon anak.

Tujuan

Data digunakan hanya untuk menjalankan aplikasi untuk keluarga anda: menunjukkan kerja, mengira mata, menyegerakkan antara telefon ahli keluarga, menghantar peringatan yang anda pilih dan menyokong akaun anda.

Kami tidak menggunakan data keluarga untuk iklan dan tidak menjualnya kepada sesiapa.

Data anak dan persetujuan ibu bapa

Profil anak tidak mempunyai akaun atau emel. Profil anak hanya dibuat oleh ibu bapa atau penjaga sah, yang memberi persetujuan bagi pihak anak itu. Tarikh dan masa persetujuan disimpan pada profil anak.

Skrin anak tidak memaparkan iklan dan tidak menghantar data anak kepada alat analitik pihak ketiga.

Pendedahan

Data keluarga dilihat oleh ahli keluarga anda sahaja, mengikut peranan. Contohnya, keluarga besar tidak melihat dompet atau nota.

Kami mendedahkan data kepada pembekal perkhidmatan yang menjalankan aplikasi untuk kami, seperti pengehosan pangkalan data, di bawah kontrak yang mewajibkan kerahsiaan. Jika pelayan berada di luar Malaysia, kami hanya menggunakan pembekal dengan perlindungan data yang setanding.

Kami tidak mendedahkan data kepada pihak lain kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.

Penyimpanan dan pengekalan

Data disimpan selagi keluarga atau akaun anda aktif. Apabila pemilik memadam keluarga, data dipadam serta-merta daripada pangkalan data utama dan daripada salinan sandaran dalam masa 30 hari.

Selepas pemadaman, kami hanya menyimpan kiraan tanpa nama (bilangan ahli dan umur keluarga) sebagai bukti pemadaman berlaku.

Gambar tidak disimpan. Gambar bukti kerja rumah dipadam sebaik sahaja ia disemak, dan paling lewat 72 jam selepas dimuat naik. Tangkapan skrin bukti perkongsian dipadam selepas disemak, dan paling lewat 14 hari selepas dimuat naik. Fail dalam peti dokumen tidak pernah keluar dari telefon yang menyimpannya dan tidak dimuat naik ke pelayan kami. Hanya nama dokumen, jenis, pemilik, tarikh tamat, peringatan, nota dan nama telefon yang memegang fail disegerakkan kepada ibu bapa. Jika aplikasi dipadam, fail pada telefon itu hilang.

Log ibadah harian disimpan selama 13 bulan penuh, kemudian digabungkan menjadi jumlah bulanan bagi setiap ahli dan log harian itu dipadam. Nama guru hafazan disimpan pada telefon yang merekodkannya sahaja.

Rekod lain disimpan selama yang perlu sahaja, kemudian dipadam secara automatik: daftar masuk "Sampai rumah" selepas 7 hari; jemputan 30 hari selepas tamat tempoh atau digunakan; rekod penggunaan dan ralat aplikasi selepas 90 hari; laporan masalah 180 hari selepas ia diuruskan; rekod pautan rujukan yang dibuka selepas setahun; pautan hantaran perkongsian yang ditolak atau ditarik balik selepas 90 hari. Rekod penggunaan dan ralat hanya membawa ID aplikasi rawak yang bertukar setiap tahun, tidak pernah nama atau emel anda.

Bagi affiliate, butiran bank hanya diminta apabila ada bayaran yang perlu dibuat. Nombor akaun dipadam selepas 90 hari tanpa aktiviti bayaran, dan nama serta nombor MyKad dipadam 15 bulan selepas tarikh akhir borang cukai (CP58) bagi bayaran terakhir. Rekod bayaran tanpa butiran keluarga disimpan selama 7 tahun kerana dikehendaki oleh undang-undang cukai.

Keselamatan

Data dihantar melalui sambungan yang disulitkan. Setiap keluarga diasingkan di pelayan, jadi keluarga lain tidak boleh membaca data anda.

Nota peribadi (butiran notis, keputusan mesyuarat keluarga, akibat peraturan rumah, nota hafazan dan nota tugasan) disulitkan pada telefon keluarga dengan kunci yang tidak pernah dihantar kepada kami, jadi kami tidak boleh membacanya. Kod pemulihan dipegang oleh ibu bapa sahaja. Jika semua telefon dan kod itu hilang, nota tersebut tidak boleh dipulihkan.

Hak akses dan pembetulan

Anda boleh melihat dan membetulkan kebanyakan data terus dalam aplikasi. Ibu bapa boleh mengeksport salinan data keluarga dari Tetapan.

Anda juga boleh meminta akses atau pembetulan melalui emel. Kami akan membalas dalam masa 21 hari.

Pilihan anda

Anda boleh menarik balik persetujuan bila-bila masa dengan memadam akaun anda atau, bagi pemilik, memadam keluarga. Tanpa persetujuan, kami tidak dapat menjalankan aplikasi untuk anda.

Hubungi kami

Untuk sebarang pertanyaan, permintaan akses, pembetulan atau aduan berkenaan data peribadi: privacy@urusfamily.com

Perubahan notis ini

Jika notis ini berubah secara ketara, aplikasi akan meminta persetujuan anda sekali lagi. Jika terdapat perbezaan antara versi BM dan EN, versi BM terpakai.